hurm...

6:48 PM

aku dapat merasakan yang kehidupan aku sekarang dah tak macam dulu..aku rindukan zaman aku kerja dengan syarikat lama aku,walaupun gaji aku kecil..hidup aku terasa bebas dan terbuka...walaupun aku tak berkereta...aku bahagia bersama honda EX-5 ku..kami pergi kemana saja bila masa lapang ada....kawan2 ku..kita gembirakan?pergi ke padang besar...pergi berjalan ke p.pinang beramai-ramai....lepak weh...aku rindukan saat itu..sekarang..walaupun kerja aku dah tetap..gaji dah besar...ku rasakan tetap kecil gajiku...dah memakai 4 tayar yang perlu dijaga..."maintenance"nya lagi..hurm...aku suka keretaku..tapi gayanya ramai yang x sukakan keretaku...kereta ku dilanggar dari depan....keretaku dipecah masuk dan cerminku pecah...gajiku semakin kecil...hidupku semakin sibuk...dan agak terkongkong...aku mahu bebas melakukan apa yang aku mahu...aku dah letih la.....cukup la..aku ni penjawat awam sahaja...bukannya berpangkat pon..biarlah aku memilih untuk melakukan apa yang aku mahu....kadang2 hari untukku berehat pon aku masih diganggu dengan aktiviti yang tak sepatutnya aku sertai...sedangkan rakan2 sejawatanku yang lain sedang tenang menjalani hjung minggu mereka..aku sibuk disini.Ada "benefit" kah?kalau ada Alhamdulillah..kalau tak dak...hurm...entah la..aku rasa hidup aku dah tak seperti dulu..rakan2 baruku sekarang ok...dan aku lepak bersama mereka..cuma..aku masih rindu cara hidup aku yang bersederhana dulu...bersama keluarga tercinta...kos hidup yang mampu ku lalui...persekitaran yang mesra dan bersih...bukannya semak mata memandang...Ya Allah..kau kuatkanlah aku yang berada diperantauan ini untuk menghadapi segala dugaan daripada Mu ya Allah...Ampunkanlah atas segala dosa2 ku ini ya Allah...aku redha dan pasrah...aku terlalu lemah dengan semua ini...aku perlukan sokongan daripada orang tersayang...aku dah letih nak hadapi semua ini...cerita aku dihadapan mereka itu belum cukup untuk aku rungkaikan tentang kepayahan zahir dan batinku disini...diperantauan...di satu daerah yang nun jauh di selatan tanah air..Kahang....di satu negeri yang nun hujung di selatan tanah air..Johor...aku berharap ia akan lebih mematangkan aku..bukannya menjadikan aku lebih tidak penyabar...aku memohon yang aku akan menjadi lebih penyabar...InsyaAllah...


regards - faiz -

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images